Untuk sebarang pertanyaan, sila lengkapkan borang berikut:

For any inquiries, contact us by filling up this contact form

Apa Itu E-waste?

E-waste tu apa?

E-sisa atau E-waste adalah perkataan yang digunakan di seluruh dunia dan masalah e-waste ini masih lagi tidak dapat ditangani malah, masalah pembuangan e-waste ini semakin meningkat di serata pelusuk dunia. E-waste atau juga dikenali sebagai e-sisa adalah bahan buangan atau sisa elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan. Di Malaysia, E-waste diberikan kod sebagai SW110.

Dalam kata lain:

“SW110 atau e-waste ditakrifkan sebagai buangan daripada pemasangan elektrik dan elektronik yang mengandungi komponen seperti akumulator, suis raksa, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif atau kapasitor bifenil terpoliklorin yang lain, atau yang dicemari dengan kandungan kadmium, raksa, plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium, perak, mangan atau bifenil terpoliklorin” (Rakan Alam Sekitar)

Untuk fahami dengan lebih mudah,

Mungkin perkataan seperti “kadmium, raksa, plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium, perak, mangan atau bifenil terpoliklorin” adalah terlalu saintifik bagi bacaan umum, tetapi apa yang anda perlu tahu daripada konteks dia atas adalah, ia boleh memberi impak yang buruk kepada kesihatan dan alam sekitar jika masalah ini tidak dipantau atau tidak diambil berat.

Keadaan di Malaysia kini,

Di Malaysia, kitar semula kertas, aluminium dan barangan barangan lain telah diberikan didikan sejak di awal bangku sekolah, tetapi masalah e-waste tidak dititik beratkan dan tidak diserapkan dalam didikan pelajar sekolah sehingga kepada perkerja. Seperti semua yang sedia maklum, dengan teknologi yang semakin pesat, terdapat banyak jenis pengeluaran elektronik dipasarkan untuk mencapai permintaan pasaran.

Apa yang perlu dilakukan?

Ini mungkin adalah berita yang baik kepada pengeluar elektronik tetapi berita buruk kepada kontraktor kitar semula elektronik dan kepada orang awam. Dalam masa terdekat, jika masalah ini tidak ditangani, industri pembuatan elektronik juga akan mengalami masalah kerana sumber bahan untuk menghasilkan barangan elektronik semakin terhad.

Apa bahayanya barangan elektronik?

“Sebagai contoh, dalam industri pembuatan untuk menghasilkan komputer, terdapat ratusan komponen yang digunakan dan melibatkan seribu satu macam proses. Pembuatan litar dalam komputer melibatkan proses penyaduran elektrik di mana menggunakan beberapa jenis logam berat. Manakala untuk menghasilkan cip komputer pula melibatkan penggunaan bahan-bahan kimia seperti asid dan juga pelarut yang terdiri daripada bahan organik dan juga bukan organik yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia dan kemusnahan pada alam sekitar”- Rakan Alam Sekitar

Komponen-komponen di dalam e-sisa boleh mengancam kesihatan manusia dalam jangka pendek dan juga kesan dalam jangka panjang. Oleh itu, masalah ini perlu ditangani secepat mungkin dan dipupuk di bangku sekolah.

Berakasi dengan Usedcomputer!

Kitar semula e-sisa secara selamat, beretika dan berkelulusan adalah penting untuk;
• Pengunaan semula Sumber Semulajadi
• Memulihara Alam Semulajadi
• Mengelakkan Pencemaran
• Menggalakkan Urban Mining

Kenapa anda perlu kitar semula dengan Usedcomputer?

Syarikat kami memiliki segala lesen perlupusan yang diperlukan bagi menjalankan perlupusan komputer untuk yang memerlukannya antara lesen perlupusan yang kami :

  1. JABATAN ALAM SEKITAR 18(1) AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974
  2. JABATAN ALAM SEKITAR 18(1A) AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974
  3. POLIS DI RAJA MALAYSIA (LESEN BAGI BERNIAGA BARANG-BARANG LUSUH)
  4.  POLIS DI RAJA MALAYSIA (SIJIL PENGECUALIAN)
  5. KEMENTERIAN KEWANGAN (SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT)
  6.  ISO 9001 : 2008
  7.  ISO 14001 : 2004
  8. LESEN PERNIAGAAN DAN IKLAN 2013

Di Usedcomputer kami menyediakan perkhidmatan pengurusan aset bagi kemudahan kepadasyarikat-syarikat yang ingin memusnahkan peralatan ICT. Untuk mengetahui prosesnya, boleh klik disini

Antara kemudahan yang kami sediakan ialah:

  • Menyediakan dokumen lengkap untuk laporan audit mengikut kaedah yang telah ditetapkan bagi proses pelupusan peralatan ICT. Antaranya ialah : – No Siri, No Model, Bilangan Peralatan dan sebagainya.
  • Kaedah pembelian balik- sedia membeli dengan nilai yang berpatutan
  •  Kaedah Penukaran PC/ Notebook – Kami boleh menukarkan komputer / Notebook terpakaidan anda boleh membeli komputer baru dari kami dengan harga rebat.

Perkhidmatan kami kepada anda:-

  •  Pengutipan – Kami mengaturkan pemugutan peralatan dan juga kami mempunyai tempat kepada konsumer supaya pemilik elektronik yang mempunyai barangan kuantiti yang sikit boleh sahaja drop off di kedai kami yang berdekatan dengan anda.

Jika anda memerlukan pemusnahan data, kami akan caj berdasarkan kuantiti barangan yang mampu lupus dan memberikan laporan penuh.

  • Wang Tunai – Kenapa tunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan tunai dan membiarkan komputer anda menjadi usang! Dengan perkhidmatan kami, anda boleh mendapatkan wang anda secara tunai dengan segera.
  • Pemusnahan Data – Di Usedcomputer kami menjamin data anda dimusnahkan secara selamat dan tidak dapat dikesan lagi.

Antara jenis barangan yang kami lupuskan:

  • Cakera Keras / Media Magnetik yang kami boleh hapuskan
  • Cakera Keras – 8”, 5 ¼ “, 3 ½ “, Flash drive
  • Data Tapes – Dat, DVT, CCTV, Audio, Video
  •  Cakera Optikal – CDs, DVDs, Ram, Discs
  • USB Flash Media, Mobile Phones, Network Storage Devices
  • dan lain-lain

Untuk sebarangan booking :

  •  jadual
  • harga anggaran
    • e-mail kepada kami di info@usedcomputer.com.my

Jika anda lebih gemar untuk bercakap, anda boleh menelefon officer kami di 03-3101 4955.

Atau anda juga boleh gunakan khidmat collection driver kami. Mudah kan? Jalankan tanggungjawab anda sebagai pemilik elektronik yang pintar dan mesra alam.

2017-04-13T03:09:05+00:00 April 8th, 2017|e-waste, Recycle|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment

x
Get Cash