E-WASTE RECYCLING IS NOT EASY AS IT SEEMS
July 3, 2017
Kesan Kandungan E-Waste Terhadap Kesihatan
June 27, 2018

Bahan buangan/sisa elektrik dan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-waste adalah barang-barang kelengkapan/peralatan yang tidak lagi digunakan oleh pengguna asal (original user) dan tidak lagi memberi apa-apa nilai kepada pengguna tersebut.

Di Malaysia, e-waste disenaraikan sebagai salah satu buangan terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. E-waste diberikan kod sebagai SW110 seperti yang tertakluk dalam Jadual Pertama peraturan tersebut. SW110 atau e-waste ditakrifkan sebagai buangan daripada pemasangan elektrik dan elektronik yang mengandungi komponen seperti akumulator, suis raksa, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif atau kapasitor bifenil terpoliklorin yang lain, atau yang dicemari dengan kandungan kadmium, raksa, plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium, perak, mangan atau bifenil terpoliklorin.

E-waste dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual (scheduled waste) kerana mempunyai ciri-ciri seperti kebolehnyalaan (ignitability), menghakis (corrosivity), bertindakbalas (reactibility) dan juga toksik (toxicity). E-waste merupakan satu masalah yang dikategorikan sebagai serius dan perlukan perhatian daripada semua pihak kerana ianya memberi impak kepada kesihatan manusia dan merupakan satu ancaman kepada alam sekitar. Sebagai contoh, dalam industri pembuatan untuk menghasilkan komputer, terdapat ratusan komponen yang digunakan dan melibatkan seribu satu macam proses. Pembuatan litar dalam komputer melibatkan proses penyaduran elektrik di mana menggunakan beberapa jenis logam berat. Manakala untuk menghasilkan cip komputer pula melibatkan penggunaan bahan-bahan kimia seperti asid dan juga pelarut yang terdiri daripada bahan organik dan juga bukan organik yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia dan kemusnahan pada alam sekitar.

 

CONTOH BUANGAN E-WASTE

E-WASTE DARI ICT

E-WASTE DARI APLIKASI RUMAH

 

Desktop dan PC

Pelayan

LCD / CRT Monitor

Papan Kekunci dan Mouse

Papan Litar PCB

HDD – Pemacu Cakera Keras

Unit Pembekalan Kuasa

Pencetak / Pengimbas

Mesin fotokopi

Mesin Faks

Kabel Elektrik dan Rangkaian

Sistem Komunikasi

Sistem Rangkaian

PABX

Projektor

UPS

 

CRT dan Monitor LCD

Televisyen

Sistem Audio

Mesin basuh

Pemanas

Besi elektrik

Ketuhar gelombang mikro

Air sejuk

Pembuat kopi

Pemasak Elektrik dan Kettle

Penghawa dingin

Peminat

Peti sejuk

Kamera Digital

Telefon dan Tablet

Kod Kuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

x
Get Cash