Maksud E-Waste
June 5, 2018

Kesan Kandungan E-Waste kepada Kesihatan

Pernahkah anda terfikir apa yang terjadi pada barangan elektrik atau elektronik lama yang dibuang? Peranti mudah alih dan aksesori yang dibuang akan dihantar ke tapak pelupusan. Komponen toksik tidak terurai akan terkumpul. Kesannya, semakin banyak peranti mudah alih dibuang, pencemaran akan menjadi semakin teruk. Bahan bertoksik akan mencemari persekitaran, contohnya air bawah tanah. Peranti elektrik dan elektronik diperbuat daripada komponen berbahaya yang tidak terurai seperti plumbum, kadmium dan raksa yang boleh membahayakan kesihatan dan mencemar alam sekitar. Oleh itu, peranti tersebut atau mana-mana peralatan elektrik mahupun elektronik perlu dilupuskan dengan baik oleh kilang yang diperakui apabila tidak lagi digunakan.

Kandungan: Plumbum (Pb)

Punca E-Waste

Papan litar yang berpateri, skrin komputer (glass panels and gaskets in computer)

Kesan E-Waste

Kerosakan pada sistem saraf pusat dan buah pinggang,pertumbuhan otak yang terbantut di kalangan kanak-kanak.

Kandungan: Cadmium (Cd)

Punca E-Waste

Cip perintang/rintangan dan semikonduktor

Kesan E-Waste

Kesan toksik kepada kesihatan manusia, toksik yang berkumpul di dalam buah pinggang dan hati, menyebabkan kerosakan saraf dan teratogenik

Kandungan: Raksa (Hg)

Punca E-Waste

Suis, papan litar (printed circuits boards)

Kesan E-Waste

Kerosakan yang kronik pada otak, pernafasan dan penyakit kulit akibat memakan ikan yang mengandungi raksa yang terkumpul (bioaccumulation in fish)

Kandungan: Kromium VI

Punca E-Waste

Lapisan yang melindungi plat stell  dan galvani daripada terhakis, decorater stell or hardner for stell housing

 Kesan E-Waste

Asma, kerosakan pada DNA

Kandungan: Plastik yang mengandungi PVC

Punca E-Waste

Kabel dan computer housing

 Kesan E-Waste

Pembakaran menghasilkan dioksin, yang menyebabkan masalah pada sistem reproduktif, memusnahkan sistem imunisasi dan hormon

Kandungan: Brominated  Flame Retardants(BFR)

Punca E-Waste

Komponen plastik pada peralatan elektronik dan papan litar

Kesan E-Waste

Gangguan pada sistem endokrin

Kandungan: Barium (Ba)

Punca E-Waste

Panel hadapan CRTs

Kesan E-Waste

Kesan jangka masa pendek:

  • Melemahkan otot-otot
  • Kerosakan pada hati, jantung dan limpa

Kandungan: Berillium(Be)

Punca E-Waste

Motherboard 

Kesan E-Waste

Karsinogen (kanser paru-paru), menyebabkan radang jika terdedah pada ‘fume’

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

x
Get Cash